JellyPages.com

Selasa, 4 November 2014

.::Tips Untuk Bagi Kucing Manja Dengan Kita::.

Bismillahirahmanirahim...

Dalam dok sebok2 belek n cari fakta or petua untuk penjagaan kucing aku terbaca satu blog dari pakcik google, maap nama blog tu aku tak ingat.. huhuhu...Bagi aku tips ne menarik  dengan secara tak langsung aku tertarik n terpanggil untuk kongsi tips ne dengan korang...


Tips Untuk Bagi Kucing Manja Dengan Kita

 1. biasakan panggil kucing anda.. supaya dia kenal suara anda dan tau nama nye..panggil walaupon suara anda tak sedap.. haha

2. Biasakan untuk mengusap2 kucing anda pelan-pelan sejak masih anak kucing/kecil.. jgn usap guna berus dawai plak~ hikhikhik~

3. Selalu bermain2 dgn nya sekurang2nya 15 minit.. tak pon sampai korang pengsan layan kucing korang tu~ huhu

4. Biasakan menggendong kucing korang sejak umurnya 1 bulan.. jgn lahir2 terus korang gendong.. arwah plak dia kang~ hukhukhuk

5. Mandikan kucing anda sendiri jangan suruh orang lain.. 2 minggu sekali..supaya kucing mudah jinak~ klu bosan suh kucing anda mandikan anda plak,, gilir2 la..

6. Kucing jangan dikurung dalam kandang, sbb itu akan membuat kucing jadi liar.. klu tak caya try la suh mak n ayah korg kurung korang..ape rase~ hhihihi

7. Tunjukkan kasih sayang anda pada kucing dan jangan pernah memukulnya tanpa alasan yang jelas, sbb kucing akan menjadi takut pada anda. klu nampak ade org pikul kucing anda.. anda pukul balik org tu guna tongkat atok blakang umah korang tu~

.::Cerita Kucing - Part 1::.

Bismillahirahmanirahim....

Pengalaman membela kucing tak pernah pon aku terpikir sebelum ne... Kalau diikutkan dulu mmg tak berapa suke kat kucing, nak kata benci pon tak jugak bak kata orang... "kureng" sikit la dengan kucing ne... Tapi sejak bela momoro ne semua negetif think pasal kucing.. Dia bukan kucing parsi or baka mahal2 tapi kucing kampung je.. Betul la kata orang bila kite bela haiwan terutama kucing rezeki kite murah.. Sejak bela momoro ne, kehidupan aku banyak berubah..Alhamdulilah, rezeki melimpah ruah..

Me with Momoro

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.


Wallahu’alam….

Rabu, 29 Oktober 2014

.::Resepi Jeruk Asam Boi::.

Bismillahirahmanirahim.....

Sekarang ne aku tengok semua dok sebok2 pasal jeruk asam boi dah mcm jadi musim... Aku pon salah sorang dari mereka.. hihihi... kowg dah try ke?? aku dah... bagi aku benda tu biasa je macam kite cicah cili kicap tapi disebabkan mangga tu yang membuatkan memasing jadi terliur... Buat pengetahuan kowg yang pengemar neh... Macam-macam buah boleh buat... aku dah try buat guna mangga & jambu tapi tula aku tak sempat nak snap gambar yang aku buat...Maaf la yer...Aku dapat resepi ne pon dari FB.. 


Korang boleh olah balik resepi neh ikut kesesuaian korang... mcm aku suke pedas mmg banyak la cili aku letak hasilnya mmg pedas ya teramat... Selamat mencuba... 

Selasa, 28 Oktober 2014

.::Selamat Menyambut Tahun Baru Islam::.

Bismillahirahmanirahim...

Hari ne selasa, 28 Oktober 2014,  hari bersamaan 4 Muharam dah empat hari sambut tahun baru islam . Aku rasa masih belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru islam pada seluruh umat islam... Bila masuk tahun baru harus la ada azam yang perlu dilaksanakan... huhuhu... Antaranya nak meng"positif"kan diri nak buang mana2 yang negetif tuh.. usia pon dah makin meningkat dan... nak mencari Mr. Right... hahahaha.. mencari ke??? syyyuuuuttttt..... Rahsia... Insyallah... hihihihi... bak kata orang "comming soon" nnt la aku cite... 


.::Jerawat Oh Jerawat::.

Bismilahirahmanirahim...


Selama hampir setahun ne macam - macam yang terjadi kat aku...
Benda yang paling terkesan dalam hidup aku... bila muka aku dipenuhi dengan jerawat - jerawat...
Bukan calang2 jerawat yang naik... Bak kata adik aku... "Kak muke ko dah macam gunung berapi" uwwwaaaaaa.... bayangkan bila adik aku dah cakap cm tu korang boleh bayangkan mcm mana muka aku... Sampai penah satu tahap nak keluar rumah pun malu dengan serta merta keyakinan diri merundum... Memang down giler time tu.. Bila sentuh je muke neh rasa mcm nak nagis dok terpikir sebab apa jadi cm ne... sedih beb!!  


Sebelum dan Selepas

See...Teruk kan??? xthu dah nak pakai apa?? Macam2 produk aku pakai dari harga yang murah sehingga la yang harga mahal... Sehingga lah aku jumpa satu produk ne... sape nak tau meh pm aku.. untill now aku pakai produk neh... aku akan share kat kowg meh pm aku rosiela89@gmail.com

.:: Kembali Dari Menyepikan Diri::.

Bismillahirahmanirahim....

I'm back....
Pejam celik kejap je dah nak sampai hujung tahun... Bermakna dah nak dekat hampir setahun jugak aku menyepikan diri dari update blog... Al- Maklumkan diri ku tersangat2 la "bizi".. Macam yang berlaku selama hampir setahun ini... Kini akan ku aktif balik update blog...