Bismillahirahmanirahim....
Morning all... Today is monday mood~ perlukan mood and masa untuk memulakan kerja... hohoho entry kali ne aku nak kongsi tips cam ne nak gomok... Orang lain sebok nak kuruskan badan tapi aku sebok nak gemokkan badan... Sebenarnya bukan nak gemok sangat pon cume nak berisikan sikit and nak normalkan aku punya BMI... Pada sapa-sapa yang nak kira BMI, kat sisi kanan korang ada sistem yang boleh cek BMI korang.... Tips ne aku copy kat facebook... so aku paste kat sini untuk share dgn sapa2 yang ada niat mcm aku...
Petua Untuk Badan
Kelihatan Berisi
1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah
mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori
sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda
boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga
1 kilogram dalam tempoh seminggu.
Contoh makanan yang berkalori tinggi :-
2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi. Ini perlu
dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan
daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti
minyak enjin kepada badan anda.
Contoh makanan yang berkarbohidrat tinggi :-
3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang
besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi
seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk
menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya
menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan
waktu makan anda.
4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada
waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak
kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.
5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti
daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein
yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika
anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
6. Makan dan Berehat Secukupnya. Tidak ada gunanya
anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk
membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak
bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6
hingga 8 jam setiap hari sudah memadai.
7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu. Minuman adalah
cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa
haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun
minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.
Piramid Makanan