Selamat tahun baru 2013... Moga tahun baru ini memberi banyak pergertian kepada aku... amin.. semalam tengah xde ape nak buat kat opis...(hohoho....sebenarnye banyak je keja nak buat tapi biasa la aku ne...) aku mengeledah la blog orang lain dalam dok belek membelek blog2 aku ternampak 2 resepi ini yang mungkin mudah untuk dibuat iaitu puding lapis dan spegeti nampak macam senang tapi tak tahu la kalau aku buat tu jadi ke tak, memandangkan tahun ne aku berazam untuk rajin2 ke dapur so aku try jela buat jadi ke tak itu semua no 2 yang penting aku cube...tol x??
taraaaaa.... ne la hasilnye...
Aku bawak la ke opis setelah dicuba dan dirasa oleh kak nurul... she said "okey! dah pass untuk kawen" huhuhu... yesss!! yeeehhhhhaaaa!!! first time aku buat terus jadi membuatkan aku terus semangat untuk memcuba resepi lain pulak... Ni resepinya sumber dari riezanie2u.blogspot.com buatnya mudah cume agak rumit sedikit sebab berlayer2...
Bahan A
20 gm serbuk agar-agar (aku guna agar2 yang panjang tu je)
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
20 gm serbuk agar-agar (aku guna agar2 yang panjang tu je)
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3
inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna
pilihan anda
Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga
mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B).
Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu
230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu
dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan dua pewarna pilihan
anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan,
mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah
berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh
dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah
didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Ni agar2 dari blog tersebut... cantikkan??
selamat mencuba yea~
wallah, ezza masak puding tuuuu.. hewhewhew
BalasPadamsenang je beb.. try la... hehehe
BalasPadam